18 December 2009

Attention To All Parents!

Anak-anak anda bakal mengetahui keputusan PMR mereka pada 24hb nanti. Mereka sebenarnya berada dipersimpangan, mungkin juga keliru tentang apakah yang akan dilakukan sebaik sahaja keputusan dikeluarkan.
Akan ada yang berjaya, bersorak gembira hasil penat lelah mereka selama ini. Namun akan ada pula yang merasa kecewa kerana mendapat hasil yang tak seperti diharapkan.
Apa sebenarnya ini? Janganlah bimbang dan risau kerana perjalanan anak kita ini masih lagi jauh dan terlalu banyak yang perlu dibangunkan. Ambillah langkah bijak dengan membawa anak anda kepada kami. Anda akan mengetahui banyak lagi perkara yang mungkin tidak kita ketahui selama ini.
Sila hubungi Puan Aishah di talian 014 6460524 atau Airborne Discovery di talian 03 55117971 untuk membuat temujanji. Oleh kerana kami menjangkakan jadual yang agak padat setelah keputusan PMR diumumkan, sila buat temujanji terlebih dahulu untuk mengelakkan kesesakan pada hari tersebut.
Kami menanti anda!

Do it Now!


Keputusan Peperiksaan PMR akan di umumkan minggu depan pada 24hb November 2009. Rasa berdebar semakin kuat dirasai pelajar dan ibubapa. Inilah hasil sebuah proses untuk menilai kecekapan dan daya intelektual pelajar di usia 15 tahun.
Tititk usia ini amat penting kerana ialah bakal penentu aliran dan jurusan yang bakal diambil untuk Peperiksaan SPM dan Kolej/Universiti nanti.
Justeru itu, janganlah berlengah lagi. Hubungi kami untuk membuat 'fingerprint analysis' dan ketahuilah bakat dan kecederungan belajar untuk mendapatkan keputusan lebih baik di peringkat SPM nanti. Asahlah bakat yang Tuhan berikan kepada anda. Sesungguhnya kejayaan datang dari dalam diri anda.
Lakukanlah sekarang!

02 December 2009

Mengenal Kecerdasan Emosi Anda Melalui Fingerprinting

Terlalu banyak bahan-bahan ilmiah yang ditulis dan sudah pun di alih bahasa mengenai Kecerdasan Emosi sejak Daniel Goleman mempeloposi subjek ini buat beberapa waktu ini. Dalam membangunkan teknik fingerprint ini, kami mula menyedari bahawa hampir kesemua 10 laporan yang dihasilkan setakat ini sebenarnya banyak memberi gambaran tentang kecerdasan emosional seseorang itu.

Ini menjadi amat bermanfaat untuk seseorang mengetahui tahap kecerdasan emosional yang berpusat di bahagian otak yang bernama 'lymbic'. Ada yang merasa sangsi tentang faedah sebenar mengetahui tentang kecerdasan majmuk ini. Teknik analisa cap jari ini sebenarnya telah banyak menghurai dan memberi gambaran tentang kebolehan mereka memahami diri sendiri serta memahami perasaan orang lain. Apatah lagi dengan melihat laporan hasil bakat tersebut, ia bukan sahaja dapat memberi panduan tentang kerjaya dan minat, malah ia memberi tahapan-tahapan secara saintifik dan tepat tentang kecenderungan mereka dalam menerima sesuatu informasi dan apa yang sering mempengaruhi mereka dalam membuat keputusan. Apakah mereka itu lebih objektif mahu pun sebaliknya.

Ramai yang baru menyedari tentang kecenderungan mereka dalam menangani isu-isu yang tertentu yang memerlukan lebih ketelitian dan pertimbangan tertentu sebelum keputusan dibuat. Di dalam sebuah perhubungan, seringkali ada yang cenderung menyakiti hati pasangan mereka dengan mengeluarkan perkataan secara semberono. Malah ada yang tidak peka kepada perasaan orang lain sehingga sering membuat sesuatu perkara yang melukakan hati mereka. Itulah antaranya kegunaan hasil analisa cap jari ini. Ia dapat membantu meningkatkan keupayaan komunikasi dan lebih sensitif menjaga perasaan orang lain.

Tekanan hidup di masa kini membuatkan kita sibuk memantapkan ekonomi diri dan keluarga sehingga ada yang mengabaikan kecerdasan emosi dan spiritual ini. Dalam mencari titik kebahagiaan dalam kehidupan, seseorang itu haruslah juga memahami keupayaan diri dan juga belajar bagaimana menghormati tatacara dan norma-norma yang dimiliki oleh insan lain. Kita akan sambung perbicangan ini di masa dan ketika yang lain.

Salam hormat dari penulis.