02 December 2009

Mengenal Kecerdasan Emosi Anda Melalui Fingerprinting

Terlalu banyak bahan-bahan ilmiah yang ditulis dan sudah pun di alih bahasa mengenai Kecerdasan Emosi sejak Daniel Goleman mempeloposi subjek ini buat beberapa waktu ini. Dalam membangunkan teknik fingerprint ini, kami mula menyedari bahawa hampir kesemua 10 laporan yang dihasilkan setakat ini sebenarnya banyak memberi gambaran tentang kecerdasan emosional seseorang itu.

Ini menjadi amat bermanfaat untuk seseorang mengetahui tahap kecerdasan emosional yang berpusat di bahagian otak yang bernama 'lymbic'. Ada yang merasa sangsi tentang faedah sebenar mengetahui tentang kecerdasan majmuk ini. Teknik analisa cap jari ini sebenarnya telah banyak menghurai dan memberi gambaran tentang kebolehan mereka memahami diri sendiri serta memahami perasaan orang lain. Apatah lagi dengan melihat laporan hasil bakat tersebut, ia bukan sahaja dapat memberi panduan tentang kerjaya dan minat, malah ia memberi tahapan-tahapan secara saintifik dan tepat tentang kecenderungan mereka dalam menerima sesuatu informasi dan apa yang sering mempengaruhi mereka dalam membuat keputusan. Apakah mereka itu lebih objektif mahu pun sebaliknya.

Ramai yang baru menyedari tentang kecenderungan mereka dalam menangani isu-isu yang tertentu yang memerlukan lebih ketelitian dan pertimbangan tertentu sebelum keputusan dibuat. Di dalam sebuah perhubungan, seringkali ada yang cenderung menyakiti hati pasangan mereka dengan mengeluarkan perkataan secara semberono. Malah ada yang tidak peka kepada perasaan orang lain sehingga sering membuat sesuatu perkara yang melukakan hati mereka. Itulah antaranya kegunaan hasil analisa cap jari ini. Ia dapat membantu meningkatkan keupayaan komunikasi dan lebih sensitif menjaga perasaan orang lain.

Tekanan hidup di masa kini membuatkan kita sibuk memantapkan ekonomi diri dan keluarga sehingga ada yang mengabaikan kecerdasan emosi dan spiritual ini. Dalam mencari titik kebahagiaan dalam kehidupan, seseorang itu haruslah juga memahami keupayaan diri dan juga belajar bagaimana menghormati tatacara dan norma-norma yang dimiliki oleh insan lain. Kita akan sambung perbicangan ini di masa dan ketika yang lain.

Salam hormat dari penulis.


No comments:

Post a Comment