26 November 2009

Program Multiple Intelligences Bagi Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan





Pada 20 - 21 hb Nov 2009 bertempat di Hotel Angkasa Port Dickson, Airborne Discovery dijemput untuk mengendalikan sessi bagi mengenalpasti bakat semulajadi dan karakter lainnya. Dengan memahami diri sendiri, seseorang itu akan lebih mempunyai keyakinan untuk mengendalikan kecerdasan emosi (EQ).

Program ini dihadiri oleh lebih 66 kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dari pelbagai gred perkhidmatan. Program ini menjadi menarik dengan kebanyakan peserta tertanya-tanya dan begitu ingin mengetahui tentang bakat semulajadi mereka berdasarkan genetik. Antara soalan yang sering diajukan ialah adakah proses ini melibatkan ramalan dan sejauh mana ketepatan hasil ujian yang dijalankan. Sepertimana yang kita sedia maklum, kaedah ini berdasarkan 'dermatoglyphics' dan bukannya 'palmistry' dan para peserta tidak perlu bimbang.

Apakah kegunaan program ini bagi mereka? Lymbic adalah bahagian otak yang banyak mengendalikan kecerdasan emosi tiap-tiap seseorang. Dengan mengetahui beberapa karakter peribadi yang ada pada diri mereka, mereka sudah boleh memikirkan apakah penyesuaian yang diperlukan untuk membentuk karakter yang lebih menjurus ke arah kebahagiaan hidup. Pemahaman karakter dan kecenderungan dalam membuat keputusan ini juga adalah penting agar setiap mereka dari jabatan yang berlainan dapat berinteraksi dengan baik serta menggunakan kesemua kecerdasan majmuk yang ada pada mereka untuk membantu mencapai KPI yang ditetapkan oleh pihak jabatan.

Adalah menjadi suatu hal yang penting bagaimana konsep MI ini boleh digunakan dalam merangka polisi dan program setiap unit. Malah dengan mempunyai referensi tentang data-data mengenai diri ini, ia dapat membantu setiap ketua unit di dalam jabatan untuk merancang sumber daya manusia dan menimbangkan kesesuaian dalam meletakkan seseorang dalam posisi yang berkenaan.

Referensi yang ada ini amat berguna dalam merancang tentang program latihan di masa hadapan dan lebih memahami antara sesama peserta.
















No comments:

Post a Comment