13 October 2009

8 Kecerdasan Majumuk dan Tokoh Terkemukanya



Konsep MI ini telah pun difahami dan dipelajari secara meluas malah ianya telah diterapkan dalam fungsi kehidupan sehari-hari. Sehingga seseorang itu akan memahami secara jelas apakah kecerdasan IQ yang penting atau pun kebolehan memahami kenapa seseorang itu dilahirkan ke muka bumi, untuk tujuan apakah ia diciptakan dan kemanakah arah tujuan terakhirnya. Dengan itu lahirlah tokoh-tokoh MI seperti Albert Einstein yang hanya tertarik dengan fizik dan matematik. Beliau tidak sukakan hafalan, pemalu dan malas belajar, malahan beliau dilihat sering melanggar disiplin dan tidak menghabiskan ijazah pertamanya serta menganggur selama 2 tahun sebelum berjaya mendapat pekerjaan.


Thomas Edison pula hanya bersekolah selama 3 bulan sahaja sebelum diberhentikan. Pada usia 12 tahun beliau telah mula melakukan berbagai-bagai eksperimen dan mempunyai labarotarium R&D nya sendiri pada usia 29 tahun.


Dr. Howard Gardner, seorang professor psikologi di Harvard University yang menekankan tentang keupayaan manusia itu berbanding IQ. Berikut adalah 8 kecerdasan yang dimaksudkan:-

Linguistik. Ia merupakan suatu kecerdasan untuk menggunakan kapasiti menggunakan ayat-ayat dan perkataan secara efektif samada melalui lisan mahu pun tulisan. Ia termasuk kebolehan untuk memanipulasikan syntax atau struktur ayat, phonetics atau bunyi sesebuah perkataan atau juga makna sesebuah ayat atau perkataan. Contohnya seperti seorang ahli politik, penceramah, peguam yang berhujah dengan baik dengan kebolehan menggunakan ayat-ayat dan perkataan yang praktikal. Walaupun kadang-kadang merupakan sebuah retorik, tetapi ianya mampu untuk memukau dan mempengaruhi pendengar untuk melakukan sesuatu tindakan.

Logik Matematik. Dengan menggunakan kapasiti untuk menggunakan nombor-nombor secara efektif dan menggunakan hubung-kait sesuatu formula. Ini boleh kita lihat dalam profesion sebagai pakar matematik, akauntan percukaian, ahli statistik, saintis dan pengaturcaraan computer. Ia termasuklah sensitivity terhadap ‘logical patterns’dan perhubungannya, kenyataan dan hasil akhir sesebuah formula. Selain itu, ia juga menyentuh tentang fungsi sesebuah aritmetik itu seperti membuat kategori, klasifikasi, hipotesis, pengiraan dan sebagainya.

Spatial. Kecerdasan ini membolehkan seseorang itu memerhatikan secara tepat konsep dimensi ruang seperti pemburu, pengakap, pemandu arah dan membuat transformasi terhadap konsep ruang tersebut seperti perunding hiasan dalaman, arkitek, artis mahupun ‘inventor’. Mereka bertindak sensitive terhadap warna, garisan, bentuk, ruang dan kaitan antaranya. Mereka juga boleh menggambarkan sesuatu konsep dan mempersembahkannya dalam bentuk grafik.

Bodily Kinestik. Ianya merupakan kemahiran gerak tubuh yang bersifat motorik untuk mengekspresi idea dan perasaan seperti pelakon, atlit olahraga, penari, meniru mimic muka dan sebagainya. Ia juga berkait rapat dengan kebolehan seseorang itu untuk menghasilkan dan membuat transformasi melalui kemahiran tangan seperti tukang ukir kayu, mekanik, pakar bedah dan sebagainya. Ia memerlukan koordinasi yang spesifik, keseimbangan, kekuatan, flexible dan juga kelajuan.

Muzikal. Ia adalah kapasiti untuk membayangkan, membezakan, transformasi dan ekspresi bunyi-bunyian dalam bentuk lagu. Ia juga adalah sensitivity kepada ‘rhythm, pitch or melody’. Seseorang itu faham manakah lagu yang enak didengar dan menghayati setiap instrument yang dimainkan dalam sesebuah lagu tersebut.
Interpesonal. Ia merupakan keupayaan untuk membayangkan dan membuat penilaian terhadap, mood, motivasi, hasrat dan perasaan terhadap orang lain. Ia termasuklah membaca bahasa tubuh dan respons terhadap orang lain. Biasanya mereka sangat pandai bergaul dan menjaga perasaan seseorang itu.

Intrapersonal. Ia berhubung dengan kebolehan dan kecerdasan untuk memahami diri sendiri dan membuat penyesuaian berdasarkan kefahaman tersebut. Ia termasuklah mempunyai gambaran yang tepat dan jelas tentang kekuatan dan kelemahan diri mereka, memahami mood, hasrat dan motivasi, kehendak serta disiplin kendiri dan harga diri.

Naturalis. Kemahiran mengenal pasti dan mengklasifikasi jenis spesis yang pelbagai seperti flora dan fauna. Ia juga menyentuh tentang fenomena alam seperti pembentukan awan, gunung-ganang, volcano dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment