23 October 2009

Kehendak Kita Vs Kehendak Mereka..........



Kerapkali kita berdepan dengan persoalan jurusan apakah yang sesuai dengan anak-anak kita dan pekerjaan apakah yang sesuai dengan mereka. Acapkali kita melihat mereka dipersimpangan jalan, tidak tahu apa yang patut mereka lakukan melainkan berpandu kepada keputusan peperiksaan semata-mata.




Usahlah kita memaksakan lagi kehendak dan cita-cita kita yang tidak kesampaian.....berilah kebebasan kepada mereka memilih jurusan dan pekerjaan yang mereka minati. Ada 3 jenis pekerjaan dalam kehidupan ini:




  1. Occupation. Ini adalah keadaan dimana seseorang itu hanya bekerja untuk mendapatkan wang dan tidak mempunyai 'passionate' untuk memajukan kerjayanya.


  2. Profession. Mereka dalam golongan ini sangat menyayangi dan sering memperkayakan lagi kemahiran yang bersesuaian dengan kerjaya.


  3. Vacation. Inilah kepuasan yang sebenar yang jarang difikirkan orang. Mereka menjadikan kerjaya sebagai hobi yang sangat menyeronokkan sehingga menghasilkan keputusan yang baik dan cemerlang. Para jutawan sering menjadikan kerjaya mereka sebagai hobi!

Siang tadi Perdana Menteri kita telah mengumumkan belanjawan 2010 yang memberi penekanan kepada sumber daya manusia yang berkualiti. Sudah masanya untuk kita mengorak langkah untuk 'MENGASAH BAKAT' anak-anak kita, tidak hanya IQ!
Masanya sudah tiba untuk para cendiakawan mengaplikasikan MI didalam sistem pembelajaran yang tidak hanya mementingkan peperiksaan seperti yang kita lihat pada hari ini.
Masyarakat barat di eropah dan Amerika Syarikat sudah lama menjadikan MI sebagai panduan dalam membangun kurikulum mereka. Anak-anak mereka dilatih dan dibangunkan bakat yang bersesuaian dengan mereka. Menjadi insan yang kreatif dan inovatif adalah menjadi hasrat setiap pendidik demi menyokong program pembangunan yang dibangunkan oleh kerajaan. Ini boleh membantu mengurangkan pergantungan tenaga kerja dari luar.
Justeru itu, program yang dibangunkan oleh team kami sangat bersesuaian dengan hasrat kerajaan ini. Silalah membuat temujanji untuk mengetahui bakat anda dan anak-anak anda. Dengan informasi yang dihasilkan, anda boleh mengorak langkah untuk terus menjadi insan cemerlang yang mampu memacu pembangunan pertiwi yang tercinta ini.
Ayuh!











No comments:

Post a Comment