01 October 2009

Kelebihan Mengikuti Kaedah Ini

Terlalu banyak manfaat yang boleh didapati melalui kaedah cap jari ini. Antaranya ialah :
  • Pengetahuan tentang potensi dan kecenderungan bakat semulajadi bagi setiap individu. Ia memberitahu kita tentang beberapa hal yang berhubungkait dengan kecerdasan dan karakter yang bersifat genetik. Setiap manusia yang dilahirkan ke mukabumi mempunyai bawaan genetiknya yang unik dan tersendiri. Begitu juga dengan kecenderungan seseorang itu untuk lebih berjaya dalam hidupnya. Apakah anda tahu 'multiple intelligence' anda sekarang ?
  • Gaya dan method pembelajaran yang paling efektif dan sesuai dengan seseorang itu. Setiap individu mempunyai karakter yang ketara samada Auditori, Visual dan Kinestetik. Kadangkala kita berasa lelah dalam mendidik dan membentuk akhlak mereka kerana sering berlaku 'rejection' setiapkali kita berkomunikasi. Dengan mengenalpasti gaya pembelajaran yang sesuai, para ibubapa dan guru akan lebih berjaya dalam berkomunikasi dengan anak-anak. Ini adalah kerana dengan menggunakan lenggok bahasa dan ayat-ayat yang sesuai, mereka akan lebih mudah menerima and menyerap setiap saranan yang diberikan. Maka berkuranganlah salah faham dan konflik yang sering tercetus!
  • Sumber rujukan dalam menganalisa potensi diri, kekuatan dan kelemahan. Segala fakta yang didapati dari kaedah ini dapat membantu kita mengenalpasti apakah kelebihan dan kelemahan yang ada pada diri. Manusia yang berjaya dalam hidupnya adalah mereka yang memahami dirinya sendiri serta apa yang diperlukan untuk mengecapi kebahagiaan. Ini mampu merapatkan jurang komunikasi dan perbezaan yang wujud. Sang Pencipta menjadikan setiap manusia itu berbeza-beza antara satu sama lain agar mereka dapat mengambil hikmah daripada perbezaan itu, bukannya berkonflik!
  • Merancang masa depan yang lebih tepat dalam bidang akademik, kerjaya dan komunikasi. Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan dia berikhtiar merubah nasibnya sendiri. Tidak semua orang mampu menjadi dan bekerja sebagai seorang doktor, peguam, jurutera, akauntan dan sebagainya. Itulah momokan yang sering kedengaran dalam masyarakat. Berapa ramaikah anak kita yang dilatih dan merancang untuk menjadi seorang ahli botani, wartawan sukan, penulis buku, pengacara, usahawan biotek,atlet olahraga, pakar bedah otak, pakar kajibumi, pelumba motosikal, penyelidik, saintis, pakar psikologi, akauntan forensik dan banyak lagi? Inilah gunanya teknik ini yang mampu membantu mengenal pasti kesesuaian bidang pekerjaan yang sesuai untuk mereka.
  • Mengembang dan membangunkan bakat yang kuat agar lebih cemerlang. Ramai juga yang tidak menyedari betapa mereka sepatutnya mungkin boleh lebih berjaya di dalam bidang lain selain apa yang mereka ceburi sekarang ini. Dengan mengetahui kecenderungan yang paling berpotensi pada diri, mereka boleh mula merancang dan membangunkan skill yang berkaitan.
  • Sebagai panduan bagi ibubapa dan anak-anak untuk memilih aliran matapelajaran yang bersesuaian dengan kecenderungan mereka. Dengan mengetahui kecenderungan bakat ini juga, para ibubapa tidak perlu lagi memaksakan anak-anak mengambil aliran mengikut kehendak mereka. Malahan, ibubapa boleh berbincang dan merancang keperluan yang bersesuaian untuk anak-anak mencapai kecemerlangan dan kebahagiaan dalam hidup mereka. Inilah yang dinamakan kunci kebahagiaan!

No comments:

Post a Comment