30 October 2009

Pentingnya Pemahaman Konsep Fikiran Sedar ( Conscious Mind ) dan Fikiran Bawah Sedar ( Sub- Conscious Mind )

Manusia membuat dan mengambil keputusan serta menyerap maklumat dalam keadaan fikiran sedar . Otak manusia ini juga akan terus-menerus berfikir dan berfikir tanpa hentinya.
Manusia membuat dan mengambil keputusan serta menyerap maklumat dalam keadaan fikiran sedar . Otak manusia ini juga akan terus-menerus berfikir dan berfikir tanpa hentinya.

Seseorang itu misalnya berfikir tentang bagaimana ingin menambahkan pendapatan keluarga dengan bertambahnya ahli keluarga mahupun bertambahnya tanggungjawab. Untuk menambahkan pendapatan dia perlu bekerja keras untuk kenaikan pangkat atau pun cuba mengusahakan perniagaan sambilan yang boleh mendatangkan hasil yang lumayan. Namun, beliau harus juga memikirkan bagaimana mahu mendapatkan modal serta perniagaan jenis apakah yang mahu diusahakannya.

Kemudian beliau terus memikirkan tentang masalah syarikat tempat beliau bekerja yang semakin sulit dengan tekanan ekonomi global yang lembab dan berpanjangan. Ini membataskan peluang syarikat tersebut berkembang dan mencapai jualan sasaran yang diperlukan. Pegawai atasan beliau juga semakin agresif dan sering hilang pertimbangan dalam mesyuarat mingguan yang biasa dijalankan.

Di rumah, beliau sering berfikir bagaimana kenaikan harga minyak turut menyebabkan kenaikan harga barangan asas yang sekaligus membuatkan beliau mempunyai kurang kuasa membeli. Kejatuhan harga saham amanah yang beliau beli dua tahun lalu menyusut lebih 40% dan telah membuatkan simpanan beliau menyusut sebanyak 40% juga.

Dalam suasana yang tidak menyenangkan itu, beliau mengenang kembali masa silam semasa beliau di university. Betapa indah pengalaman belajar di menara gading dan bergelar mahasiswa. Namun yang menyakit ialah beliau pernah ditinggalkan teman wanita yang amat disayanginya. Amat sakit bila ditinggalkan begitu sahaja tanpa mengetahui apa sebab musababnya. Beliau tiba-tiba berasa sangat sedih dan sayu……

Nah! Begitulah hebatnya kuasa fikiran yang ada pada kita. Otak membolehkan seseorang manusia itu mengimbau masa silamnya dan merasakan seolah-olah beliau kembali ke alam itu secara benar dan masih dapat merasakan setiap emosi hasil dari peristiwa tersebut. Fikiran ini harus dikelolakan secara baik kerana ia boleh saja menerawang dan mengembara jauh kemana jua sekalipun.

Maka itulah fikiran harus dikawal dari sudut ‘makanan’ yang masuk ke dalamnya dan juga bagaimana ia harus di arahkan agar sentiasa menjadi positif. Apabila sesuatu perkara itu diterima oleh fikiran sedar, secara automatic fikiran bawah sedar akan memulai berproses agar ianya dilaksanakan. Fikiran bawah sedar inilah yang menyimpan segala ingatan, kenangan, gagasan dan juga tempat bermulanya sesuatu yang difikirkan.

Justeru, kita haruslah berhati-hati dengan fikiran bawah sedar ini kerana ianya amat berpengaruh dalam menentukan emosi setiap manusia.

No comments:

Post a Comment