27 October 2009

Keajaiban Otak Manusia

Seperti yang diketahui oleh para saintis, jumlah sel-sel neuron otak adalah sebanyak 1 trilion. Jumlah ini merupakan 126 kaliganda penduduk bumi dan sudah semestinyalah ia mempunyai keupayaan yang jauh lebih besar daripada ‘super computer’!
Saintis barat telah menemui 3 asas kecerdasan manusia yang utama dan perlu diseimbangkan iaitu IQ, EQ dan SQ. Dan mereka juga menemukan titik sentuh ketiga-tiga kecerdasan ini adalah berpusat di otak manusia.
Daniel Goleman yang mempelopori tentang Kecerdasan Emosional (EQ) menulis di dalam bukunya , Emotional Intelligence bagaimana isyarat yang masuk melalui mata atau telinga seseorang itu akan memasuki otak menuju Talamus dan seterusnya melalui jalur khusus menuju Amigdala. Ia kemudiannya akan disalurkan kepada bahagian Neokorteks untuk dianalisa dan menjadi maklumat. Namun apa yang biasa terjadi ialah proses dimana isyarat-isyarat ini di ‘hijack’ oleh bahagian Amigdala sebelum ianya tiba di bahagian Neokorteks. Keadaan inilah yang menghasilkan suatu keadaan dimana kekuatan emosi seseorang itu akan mengatasi kekuatan fikiran yang rasional.
Emosi manusia itu mampu bertindak sendiri bilamana Amigdala berjaya mengambil alih semua respons sebelum ia tiba di Neokorteks. Amigdala mampu menyimpan pemikiran dan reaksi emosional sehingga seseorang itu tidak menyedari kenapa beliau melakukan sesuatu tindakan tersebut.
Dengan melakukan ujian MI via Fingerprinting ini, kita dapat mengesan kecenderungan seseorang itu membuat keputusan berlandaskan emosi atau pun fakta dan ia juga mampu mengesan berapa pantas kecenderungan seseorang itu dalam memberi respons kepada sesebuah kejadian. Begitulah pentingnya bagi kita dalam memahami bagaimana otak kita berfungsi.
Prof VS Ramachandran dari University of California telah menemukan suatu fenomena yang dipanggi ‘God Spot’ yang masih lagi diperdebatkan melalui kacamata barat dan Islam. Beliau merupakan seorang Pengarah di Pusat Kajian Otak dan Kognitif yang menemukan peningkatan aktiviti di bahagian Lobus Temporal apabila seseorang itu diberikan nasihat yang bersifat ketuhanan dan spiritual. Beliau menyimpulkan bahawa di dalam otak manusia memang sudah terpahat atau pun ‘hardwired’ apa yang dipanggil kepercayaan beragama.
Ini dikuatkan dengan kajian yang dilakukan oleh Dr. Michael Persinger dari Kanada, beliau merupakan seorang pakar neuro-psikologi. Beliau telah membuat ujikaji dimana beliau membuat rangsangan medan magnet secara artificial di bahagian Lobus Temporal lantas mengaktifkan jaringan sel-sel otak dibahagian tersebut. Apa yang dirasakan oleh Dr. Michael Persinger ini ialah wujudnya suatu pengalaman dan kesedaran tentang kehadiran Sang Pencipta buat pertama kali dalam dirinya. Inilah yang digelar oleh Prof. Ramachandran dan Dr. Michael Persinger sebagai ‘God Spot’ itu.
Yang lebih hebat lagi, terdapat banyak maklumat yang ada pada otak manusia dapat juga diketahui melalui cap jari seseorang itu. Dengan adanya teknik ini, banyak data-data dan rahsia tentang kecenderungan otak seseorang itu berfikir dan bertindak dapat diketahui melalui kaedah ini.
Anda tidak perlu berlengah lagi untuk mengetahui tentang kecenderungan bakat anda dari sudut MI dan juga kecenderungan bagaimana otak anda member reaksi dan merespons kepada sesebuah kejadian dalam hidup anda.
Ini dapat membantu anda menjalani sebuah kehidupan yang lebih bahagia, menjauhi stress, memberikan ‘makanan-makanan’ yang positif terhadap fikiran anda dan juga bagaimana mengawal atau menapis ‘sampah-sampah’ yang memungkinkan anda menjadi seorang yang berfikiran sangat negative dan tidak bahagia.

No comments:

Post a Comment