01 October 2009

Kecenderungan Bakat Melalui Kaedah Fingerprint


Pada kebiasaannya, agak sukar untuk kita menentukan apakah jurusan dan bidang yang bersesuaian dengan seseorang itu atau pun bidang pekerjaan yang bersesuaian dengannya. Terlalu banyak teka-teki yang perlu dijawab para ibubapa kerana sukarnya membuat pilihan hanya berdasarkan keputusan peperiksaan tanpa memerhatikan tingkah laku anak-anak kita.


Seringkali anak-anak terperangkap dalam dilema kerana ibubapa merekalah yang banyak memberi cadangan tentang jurusan dan bidang pekerjaan yang ingin mereka ceburi. Kerapkali juga ada sebahagian daripada ibubapa yang menetapkan dan membuat keputusan bagi pihak anak-anak mereka. Akhirnya apa yang berlaku adalah ketidakpastian apakah bidang itu yang mampu membuatkan mereka cemerlang dan bahagia dalam hidup ?


Dengan adanya penemuan saintifik yang mampu menganalisa garis-garis yang wujud pada jari-jemari manusia, kita dengan mudah boleh mendapat pengetahuan tentang beberapa hal mustahak mengenai diri dan apakah potensi yang boleh kita fokus dan dikembangkan dengan semaksima yang mungkin.


Inilah kaedah yang telah dipermudahkan untuk mendapat jawapan diatas segala persoalan tersebut.

No comments:

Post a Comment